Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias

Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias

Pelakon dan selebriti serba boleh, Didie Alias, 50, sebak tidak dapat membayangkan penderitaan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dalam kes membabitkan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) lima tahun lalu.

Menurut Didie, sebagai ibu, dia amat memahami perasaan ibu bapa Allahyarham Zulfarhan yang berjuang menuntut bela atas kematian anak kesayangan mereka.



“Tak dapat saya bayangkan kalau perkara ini terjadi pada diri. Tiba-tiba pula gambar ini lalu di media sosial sejak dua tiga hari ini.

“Saya dapat rasakan perasaan seorang bapa atau ibu yang telah berjuang untuk menuntut pembelaan dalam kes ini. Semua anak-anak yang terlibat masih dalam jagaan ibu dan bapa.

“Diberi pelajaran, makan, pakai dan ilmu yang cukup,”katanya.

Didie berkongsi perasaanya itu menerusi satu hantaran yang dibuat menerusi akaun Instagram dengan menyertakan bersama sekeping gambar tangkap layar yang memaparkan gambar rajah kesan cedera termasuk 90 tekapan wap seterika panas yang dialami mangsa.



Selain itu, Didie juga meluahkan rasa sedih kerana yang melakukan perbuatan tersebut juga adalah anak berbangsa Melayu.

“Anak Melayu kita pula itu. Manalah sifat peri kemanusiaan anda semua? Manalah sifat kasih sayang antara kawan, Ya Allah…

“90 kali kena tekap dengan seterika termasuk di bahagian kemaluan. Allahuakhbar. Setimpalkah hukuman mereka ini?”luahnya.

Dalam pada itu, perkongsian pengacara itu juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Instagram.



Rata-ratanya melahirkan emosi marah, sedih, kecewa dan terkilan dengan apa yang telah berlaku terhadap mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Antara rakan artis yang turut dilihat meluahkan perasaan di ruangan komen ialah pelakon, Yana Samsuddin.

“Sakit hati baca…Walaupun tak ada kena mengena. Dapat rasa ngilu. Sedihnya Ya Allah. Harapnya, grafik-grafik ini lalu pada mereka yang berkenaan. Dan mereka tengok sendiri penderitaan arwah,”katanya.

Dua hari lalu, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan , lima tahun lalu.



Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Ia berikutan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua tertuduh melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh. Utusan

Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker