Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV

Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV

Seorang warga emas berusia 71 tahun ditahan selepas disyaki menyebabkan kematian anak kandungnya dalam kejadian pertengkaran di kediaman mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin, polis pada mulanya menerima laporan pada 12.55 tengah hari daripada suspek yang mendakwa menemui anaknya terbaring berlumuran darah di ruang tamu dan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam. Ia bukan bunuh diri dan dilakukan oleh pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan.

Arsad berkata pada pagi hari sama, suspek bertengkar dengan anaknya yang berusia 37 tahun kerana mangsa mengubah saluran televisyen.

“Suspek kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai. Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga ditoreh di leher sebanyak tiga kali,” katanya.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker