Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar

Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar, kata Ahli Parlimen Bintulu

Seorang Ahli Parlimen kerajaan kecewa dengan sikap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berdolak-dalih dalam isu pencerobohan kapal nelayan asing di perairan Bintulu.

Tiong King Sing (GPS-Bintulu) berkata, pihaknya mendapat laporan daripada nelayan yang tidak berpuas hati terhadap sikap lepas tangan APMM ketika kapal nelayan tempatan ditahan di perairan negara jiran.



“Bila ada nelayan ke negara jiran kena sapu habis-habis, (penguat kuasa) maritim tak nampak, nelayan kita pergi tepi sikit saja (masuk perairan negara jiran) kapal nelayan kita disimpan bertahun.

“Bila mereka minta tolong maritim, maritim kata jumpa (agensi) nelayan di Kuala Lumpur. ‘Passing’ sana sini, nelayan di Bintulu manalah tahu nelayan di Kuala Lumpur, kalau nak kompaun, kompaunlah, itu kapal (nelayan) bagi balik,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022, di Dewan Rakyat.

Beliau juga mendesak Kementerian Dalam Negeri menukar Ketua Pengarah agensi maritim itu yang didakwanya gagal membela nasib rakyat khususnya nelayan tempatan.

Malah beliau mendakwa wujud aktiviti peras ugut antara anggota penguatkuasaan maritim dengan nelayan tempatan di Bintulu.



“Kalau Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kalau tak boleh kasi tukar sama dia, cari orang lain proaktif punya duduk sana. Jangan sampai rakyat maki kita, marah kita.

“Duduk sana ada kuasa bukan bantu rakyat, kasi naya rakyat. Ini (isu) maritim, KDN pun fikirlah baik, kasi jalan tugas, beri mereka kursus baik-baik bukan minta maritim di Bintulu peras ugut nelayan satu bulan berapa mau kasi. Saya hari ni tak boleh tahan nelayan cerita air mata pun keluar, mereka susah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Putrajaya mengembalikan kuota beras dan gula kepada Sabah dan Sarawak atas semangat Keluarga Malaysia.

“Kata nak bantu satu keluarga, kita mesti buktikan kita satu Keluarga Malaysia, bagilah peluang kembali kepada Sabah dan Sarawak untuk selesaikan dan menentukan kuota beras dan gula di Sabah, Sarawak,” katanya. FMT



Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker