Cukup-cukuplah bantuan, sedar tak sekolah vernakular barah perpaduan?

Bantuan kepada pelajar Cina dan India seharusnya diagihkan secara khas menerusi bantuan di sekolah aliran kebangsaan, bukannya diberikan menerusi peruntukan sekolah vernakular.

Perkara itu disuarakan Presiden Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) Kebangsaan, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad yang menyifatkan pertambahan bantuan kepada sekolah vernakular dalam Bajet 2022 baru-baru ini, seolah-olah seperti kerajaan mahu mengukuhkan sekolah berkenaan.

Walhal, katanya, semua maklum sekolah vernakular menjadi barah kepada perpaduan di negara ini.

“Alumni GPMS menzahirkan rasa terkilan dengan penambahan peruntukan dalam Bajet 2022, sedangkan sekolah vernakular tidak memenuhi aspirasi negara.

“Pembentukan sekolah vernakular dilihat menghalang pembentukan identiti nasional yang perlu didukung oleh anak bangsa,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Prof Ridhuan Tee ‘Berang’ SMPC tak berperlembagaan dapat RM15 juta

Mengulas lanjut, Syed Anuar yang berpengalaman luas dalam pendidikan selama 30 tahun mengakui, tidak salah untuk kerajaan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar kaum Cina dan India.

“Tapi persoalannya kenapa perlu diagihkan menerusi bantuan di sekolah vernakular sedangkan kita ada sekolah kebangsaan dan di sana ada pelajar Cina dan India.

“Lebih baik dan sempurna jika peruntukan itu diberikan secara perkapita kepada pelajar Cina dan India yang belajar di sekolah aliran kebangsaan yang sememangnya memenuhi aspirasi negara,” katanya.

Terdahulu, The Star melaporkan peruntukan bajet untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan bagi sekolah vernakular meningkat berbanding tahun lalu.

Media itu melaporkan, dalam Bajet 2021, semua sekolah vernakular Cina dan Tamil diperuntukkan kira-kira RM104 juta untuk penyelenggaraan dan naik taraf.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 SJKC dan juga SJKT bagi tahun 2022.

Cukup-cukuplah bantuan, sedar tak sekolah vernakular barah perpaduan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker