Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih

Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih

IPOH – Seorang lelaki ditahan di Simpang, Taiping dekat sini pada Jumaat lalu susulan penemuan mayat wanita reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang pada Rabu lalu.

Lelaki tempatan berusia 34 tahun itu diberkas pada pukul 9.30 pagi, dua hari selepas penemuan mayat mangsa.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, seorang pemandu lori menjumpai tulang disyaki kaki manusia pada hari kejadian.

Menurut beliau, bahagian tubuh itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan reput pada pukul 5.30 petang.

“Hasil siasatan lanjut, pasukan forensik menjumpai bungkusan kain yang ditanam di kawasan berhampiran.

“Dalam bungkusan kain batik, selimut dan sejadah itu terdapat tulang manusia dari kepala hingga pinggang namun sudah reput,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Tambah beliau, hasil soal siasat, suspek mengaku bergaduh dengan wanita berusia 31 tahun yang juga teman wanitanya di sebuah rumah sebelum memukul mangsa sehingga mati.

Suspek telah membawa polis ke lokasi mangsa dibunuh dan ditanam. Lelaki itu turut mengaku mencekik dan memukul kepala mangsa menggunakan batang mop.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 21 rekod lampau kes jenayah dan empat rekod kes dadah,” katanya. K Online

Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker