Jangan salah pilih kerajaan – Ismail

#PRU15

Jangan salah pilih kerajaan – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat di negeri ini supaya bijak memilih kerajaan yang boleh memberi jaminan kepada kestabilan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga memerlukan sebuah kerajaan yang harmoni dan bersatu hati bagi menghadapi cabaran yang mendatang.



“Saya yakin Keluarga Malaysia di Melaka akan menggunakan hak untuk memilih kerajaan yang mampu mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan.

“Jangan salah pilih,” katanya ketika berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Mad Ali.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pengumuman pembubaran Parlimen pada Sabtu lalu memberi makna bahawa mandat akan dipulangkan kembali kepada rakyat.



“Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15,” katanya.

Untuk Melaka PRU15 hanya akan membabitkan enam kerusi Parlimen iaitu Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Jasin, Alor Gajah, Kota Melaka serta Tangga Batu.

Ini kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak akan dibubarkan berikutan baru Pilihan Raya Negeri (PRN) baru sahaja diadakan akhir tahun lalu.

Sementara itu Ismail Sabri melalui ucapan sama berkata, sektor pelancongan di negeri ini akan terus diperkasa menerusi projek Ecotourism Paya Lebar dengan peruntukan RM2.3 juta dan projek menaik taraf Kolam Ayer Panas Gadek sebanyak RM17.9 juta.



Katanya, kerajaan turut meluluskan beberapa projek pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf (PPUN) dengan nilai peruntukan RM5.9 juta terhadap fasiliti pelancongan yang tidak digunakan sepanjang tempoh pandemik lalu.

“Beberapa bantuan dan inisiatif turut diberi kepada penggiat pelancongan, misalnya tahun ini sebanyak RM1.9 juta disalurkan kepada penggiat pelancongan di Melaka termasuk pengusaha inap desa dan hotel, pemandu pelancong dan agensi pelancongan.

“Bagi memastikan Keluarga Malaysia terus menikmati infrastruktur selesa dan selamat, kerajaan sudah memperuntukkan sejumlah RM22.3 juta untuk menyenggara jalan persekutuan di Melaka,” katanya.

Dalam sektor pendidikan pula, beliau berkata 56 projek baharu dan sambungan di Melaka membabitkan pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM788 juta.



“Dalam bidang kesihatan pula, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Pergigian Pediatrik di Hospital Melaka sedang dinaik taraf. Klinik Kesihatan dengan kuarters Simpang Bekoh, Jasin sedang dibina dengan peruntukan RM63 juta dan dijangka siap pada 2023 dan 2024.

“Bagi pembangunan luar bandar, sejumlah RM442 juta diperuntukkan bagi 38 projek pembangunan di kawasan luar bandar untuk kelestarian, kesejahteraan dan keselesaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah melaksanakan program perumahan rumah mampu milik (RMM) sebanyak 12,876 unit sama ada siap dibina atau dalam perancangan setakat Ogos lalu bagi golongan berpendapatan rendah di Melaka.

Beliau berkata, RM929.8 juta juga diluluskan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan RM585 juta bagi projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk menangani masalah kekurangan bekalan air. BH



Jangan salah pilih kerajaan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker