DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang

MELAKA: Sukar untuk dinafikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana merupakan salah satu kubu kuat Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP di negeri ini.

Kata pemerhati politik tempatan, jika DAP meletakkan ‘patung’ sebagai calon sekalipun, Barisan Nasional (BN) ataupun Perikatan Nasional (PN) tetap tidak ada peluang untuk merampas kerusi ber­kenaan.

Bagaimanapun, penyandangnya, Low Chee Leong menegaskan, beliau tetap sentiasa merendah diri jika dicalonkan semula di Kota Laksamana kerana masih banyak kerja perlu dilakukan untuk rakyat.



“Saya tidak boleh terlalu yakin jika dicalonkan semula. Saya perlu low profile kerana kita berkhidmat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Saya sangat berharap orang ramai akan turun untuk membuang undi nanti.

“Saya juga bersedia bertan­ding dengan sesiapa sahaja di kawasan ini kerana orang Kota Laksamana sudah kenal siapa saya dan tahu bagaimana saya bekerja selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Chee Leong memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 16,173 undi.

UMNO sah bersama Pas di PRN Melaka



Sejarah beliau berkhidmat di Kota Laksamana sangat panjang, pernah memegang jawatan Setiausaha Politik kepada bekas ADUN Kota Laksamana, Lim Guan Eng pada 1990 hingga 1995; pembantu kepada Betty Chew Gek Cheng (2012-2013) serta menjadi Ketua Pengarah DUN Kota Laksamana (2015-2017).

Tambah Chee Leong, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada DAP Pusat bagi menentukan kerusi mana yang akan beliau tandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, hasrat untuk kekal bertanding di kubu kuat DAP itu tetap ada, setelah lebih 20 tahun menabur bakti di kawasan tersebut.



“Bertanding atau tidak di Kota Laksamana masih belum diketahui kerana calon-calon lain juga masih menunggu keputusan DAP Pusat.

“Keputusan kerusi mana yang akan ditandingi pada PRN nanti mungkin diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” jelasnya. -UTUSAN

DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota laksamana pun boleh menang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka akhirnya untuk siapa?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker