PRN Melaka: BN dilihat miliki kelebihan

ARAU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun bergerak solo tanpa Pas yang memilih bersama Perikatan Nasional (PN).

Malah, PN yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka tewas ke­semua 28 kerusi memandangkan parti tersebut tidak mempunyai kekuatan di Melaka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, kemenangan dua kerusi oleh Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu di Melaka adalah kerana menumpang kekuatan Pakatan Harapan (PH).



Katanya, peluang kedua-dua parti itu dalam PRN Melaka tipis meskipun di kawasan kerusi majoriti Melayu manakala di kawasan campuran pula memberi lebih kesukaran kepada PN.

Ujarnya, BN dijangka me­nguasai kawasan luar bandar selain Melaka dilihat masih kubu kuat parti itu meskipun tidak bekerjasama dengan Bersatu dan Pas.

“Saya lihat UMNO dan BN boleh menang sekurang-kurangnya majoriti mudah (15 kerusi) bagi membentuk kerajaan. Jika mengambil kira PRU-14, BN menang 13 kerusi dan melihat kepada situasi semasa yang mana BN kembali mendapat kepercayaan rakyat, tidak menjadi masalah mereka menambah dua lagi kerusi.

“Bersatu dan Pas agak sukar menembusi Melaka, malah Bersatu tidak mempunyai kekuatan jentera dan akar umbi,” katanya.



Terdahulu, Pas memilih meneruskan kerjasama de­ngan PN selain telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.

Keputusan Pas itu dilihat memberi tamparan kepada UMNO yang sebelum ini me­minta Pas memilih sama ada terus kekal bersama parti itu dalam MN atau meninggalkannya untuk menyertai PN.

Khamis lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan kerjasama kepada Pas, tetapi dengan me­ngenakan syarat parti itu menggunakan logo parti sendiri.

Namun, soal Rusdi, persoalan yang perlu dijawab ialah apakah Pas sedia menggunakan lambang PN di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam pilihan raya akan datang?



“Saya lihat jika guna lambang PN di negeri-negeri pantai timur dan utara itu, peluang Pas kelam. Mungkin Melaka dijadikan ujian menggunakan lambang PN sebelum memasuki gelanggang sebenar PRU-15,” kata beliau. – UTUSAN

PRN Melaka: BN dilihat miliki kelebihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penggunaan logo PN hanya untuk PRN Melaka – PAS

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker