Umno hormat keputusan PAS pilih logo PN di PRN Melaka

Umno menghormati keputusan PAS memilih logo Perikatan Nasional untuk dipakai pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Jika itu yang diputuskan PAS, kami dalam Umno menghormatinya,” kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan seperti dipetik dalam laporan The Star.

Mohamad juga merupakan pengarah pilihan raya Umno untuk PRN pada 20 Nov ini.

Mohamad juga dipetik berkata pakatan Muafakat Nasional Umno dengan PAS kekal utuh meski dengan keputusan terbaru itu.

Umno pada mulanya berharap PAS akan meninggalkan PN dan memihak kepada pakatan pilihan raya dengannya.

Pemimpin BN itu telah menyatakan dengan jelas pendiriannya menentang bekerjasama dengan PN yang diterajui Bersatu.

Walaupun berpihak kepada PN kali ini, seorang pemimpin kanan PAS semalam mencadangkan cara untuk parti mereka bekerjasama dengan Umno dan Bersatu.

Umno tidak akan memutuskan hubungan

Timbalan Pengerusi Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad juga berkata Umno tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS berhubung keputusan itu.

“Umno tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS.

“Mungkin kita tidak tahu mengapa ia memutuskan untuk mengambil langkah itu (menggunakan logo PN) tetapi kita percaya semua ahli PAS juga berharap untuk mencari titik pertemuan yang baik antara PAS dan Umno dalam memastikan kesejahteraan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini,” katanya, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita milik kerajaan, Bernama.

Mohamad Ali juga seorang senator dan timbalan presiden Dewan Negara.

Hari penamaan calon ialah Isnin depan (8 Nov). Mk

Umno hormat keputusan PAS pilih logo PN di PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker