Resepi laksa goreng seafood sempoi

Sebaran :

Resepi laksa goreng seafood sempoi

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Lagi pun kalau laksa selalunya yang berkuah kita makan. Kali ini kita cuba laksa goreng pulak.

Apa kata cuba resepi laksa goreng makanan laut yang dikongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:



1 paket laksa beras – rebus sehingga empuk dan tuskan
1 cawan udang – buang kepala
4 ekor sotong – potong bulat
2 cawan tauge
1 cawan kucai – potong 1 inci
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar tomato
3 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
3 sudu besar udang kering – kisar
2 sudu besar taucu
½ cawan minyak masak
2 keping kek ikan – potong kiub
5 biji bebola udang – belah dua

CARA MENYEDIAKAN:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
Masukkan cili kisar, udang dan sotong dan kacau rata.
Masukkan sos-sos, kicap serta taucu dan gaul rata.
Masukkan laksa, kucai, kek ikan, bebola udang dan kacau sehingga bahan mesra.
Masukkan pula tauge dan kacau sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama cili jeruk.
Dah siap.

Apa lagi jamulah keluarga anda dengan masakan sempoi ini dan jangan lupa share resepi ini dengan kawan-kawan anda semua. Kalau baik hati masakkan saja untuk mereka.



Resepi laksa goreng seafood sempoi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee


Sebaran :

Leave a Reply