Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Sebaran :

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Polis menahan seorang lelaki yang juga suami kepada seorang pelakon kerana disyaki menampar anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah rumah, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas menerima laporan kejadian pada Ahad.

Katanya, hari ini suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan keterangan pelakon wanita terbabit sudah diambil.



Ashari berkata, dalam kejadian pada Ahad itu, suspek yang disyaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan isterinya.

“Anak pasangan tersebut cuba meleraikan pergaduhan itu, namun suspek menampar mangsa,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *