Kenyataan Pas ada maksud tersirat, tersurat

Kenyataan Pas ada maksud tersirat, tersurat

MELAKA: UMNO yakin akar umbi Pas masih mahukan parti itu bekerjasama memperkukuh Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang meluluskan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN), sebenarnya mempunyai maksud tersirat dan tersurat.



“Kenyataan itu juga tidak menyebut langsung Pas akan memutuskan hubungan dengan UMNO dalam MN sebaliknya ia sekadar menyentuh penggunaan logo.

“Oleh itu, saya yakin akar umbi Pas dan UMNO khususnya di negeri ini mahu kedua-dua parti ini bekerjasama menghadapi PRN nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Online.

Terdahulu, Abdul Hadi menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung pada Isnin meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka, 20 November ini.

Ketetapan itu dibuat setelah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama yang bersidang pada Ahad, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.



Mengulas lanjut, Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, biarpun MN tidak didaftarkan tetapi kerjasama dengan Pas membuktikan kejayaan dalam tujuh pilihan raya kecil (PRK) apabila Barisan Nasional (BN) memenangi kesemuanya.

Tambahnya, seluruh akar umbi kedua-dua parti juga dilihat menyambut baik pendirian enam Ketua Bahagian UMNO Melaka yang menyatakan keputusan mahu terus bekerjasama dengan Pas.

“Kita sudah menjalin kerjasama sejak BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kita telah menubuhkan Muafakat Ummah Melaka bersama Pesuruhjaya Pas, Datuk Kamaruddin Sidek,” ujarnya. Utusan

Kenyataan Pas ada maksud tersirat, tersurat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker