2,000 unit kediaman RKMAT atasi isu perumahan tentera – Ismail

2,000 unit kediaman RKMAT atasi isu perumahan tentera – Ismail

Sebanyak 2,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) yang dilancarkan Perdana Menteri hari ini dijangka mampu menampung permintaan kediaman dalam kalangan anggota tentera di Lembah Klang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) itu disediakan bagi memberikan keselesaan kepada anggota keselamatan itu dengan memiliki sekurang-kurangkan tiga bilik bagi setiap rumah kuaters itu.

“Ini adalah sebahagian daripada projek jangka panjang untuk menyelesaikan isu perumahan dalam kalangan anggota tentera dan keluarga mereka.

“Kita ada 28,000 unit rumah yang diperlukan. Kita menerima banyak cadangan daripada syarikat (pemaju) untuk membangunkan rumah anggota tentera.

“Rumah ini untuk mereka tinggal sehingga mereka bersara. Ini bagi memberikan keselesaan kepada anggota kita untuk tinggal di rumah (tiga bilik),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (Tentera Darat) di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), di Bukit Jalil hari ini.

Sebelum ini, kerajaan melalui Mindef telah melaksanakan konsep 2-1 atau dua unit kuaters dijadikan satu bagi menambah bilik dari dua kepada tiga bilik.

“Rumah pangsapuri yang lama pun kita sudah ubah suai daripada dua bilik kepada tiga bilik kepada anggota kita. Penukaran rumah dua bilik kepada tiga bilik sudah dilaksanakan, kita pecahkan dua rumah menjadi satu, itu konsep 2-1.

“Dalam polisi kita tiada lagi pembinaan rumah dua bilik untuk anggota kita, yang sedia ada pun kita perbesarkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mindef sedang berunding dengan syarikat pemaju bagi membeli dan membina kuarters anggota tentera bagi menampung permintaan semasa sehingga 28,000 unit kediaman pada masa akan datang.

“Rumah yang akan kita beli dan bina itu, kita akan berbincang dengan pemaju sama ada mereka bersetuju memberikan perabot atau tidak

“Memandangkan kita sudah memulakan projek dengan lengkap perabot, tempat lain pun kalau kita beli nanti kena dengan perabot, pakej,” katanya lagi. MG

2,000 unit kediaman RKMAT atasi isu perumahan tentera – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker