Kita ni bukan agen, bukan perosak parti – Armand

Sebaran :

Kita ni bukan agen, bukan perosak parti – Armand

Isu menegur dan memberi pandangan serta kritikan di kalangan pemimpin muda dan lama dalam parti UMNO bukanlah sesuatu yang baru malah sering berlaku namun masih terdapat pemimpin yang tidak boleh menerima teguran dan kritikan orang muda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengakui terdapat di kalangan pemimpin lama UMNO yang masih tidak biasa tentang kebebasan bersuara dan demokrasi parti itu.

“Apabila kita lihat ada ada di kalangan pemimpin menyuarakan pandangan dan kritikan dan sebagainya, mereka melihat ini sebagai pembangkang dalam parti.



“Ini tak betul, mereka ini tidak bersama parti, ini salah.

“Kita nak beritahu apabila golongan muda menyuarakan pandangan bukan kerana tidak suka parti,

“Kami suarakan kerana kita nak parti ini kekal relevan dan terus kukuh di mata orang muda.

“Ini persepsi yang perlu kita perjelaskan kepada akar umbi



“Kita ni bukan agen, bukan perosak parti tetapi kita menegur kerana sayangkan parti,” ujar Arman.

Menurut Arman lagi, setelah UMNO hilang kuasa selepas tewas pada PRU ke-14 dapat dilihat UMNO lebih terbuka menerima pandangan, kritikan dan cadangan.

“Rata-rata pandangan daripada saya dan rakan-rakan Ahli Majlis Tertinggi yang muda seperti Datuk Dr Fathul Bari, Dira Abu Zahar, Shahril Hamdan, dilihat satu suara baru yang boleh diterima oleh barisan kepimpinan negara dan parti UMNO itu sendiri.

Arman yang baru dilantik sebagai Ahli Dewan Negara turut menyangkal dakwaan UMNO masih tidak berubah.



“Saya sangkal dakwaan mereka kerana hari ini satu politik dinamik dan progresif sedang berlaku dalam UMNO.

“Lepas PRU14 lebih 40-50 bahagian telah bertukar barisan kepimpinan, kalau dulu daripada pemuda nak jadi ketua bahagian amat sukar.

“Malah ada Ketua Bahagian UMNO yang berusia 26 tahun, ada berusia 35 tahun dan 39 tahun.

“Maknanya transformasi politik UMNO telah berubah menjadi lebih terbuka.

“UMNO dilihat semakin berani mengkritik dan beri pandangan,” kata Arman menjawab soalan dalam sebuah program bual bicara dalam talian bertajuk Tulus Politik UMNO pada Rabu.

Kita ni bukan agen, bukan perosak parti – Armand


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk


Sebaran :

Leave a Reply