Anak Kecil Lemas Tanpa Kelibat Ibu Bapa

Anak Kecil Lemas Tanpa Kelibat Ibu Bapa

Ketika ini, ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti setelah lama terkurung dalam rumah dan pastinya penginapan dengan kemudahan kolam renang menjadi pilihan para ibu bapa.

Akan tetapi, keseronokan boleh bertukar tragedi jika tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan anak-anak anda ketika mandi di dalam kolam renang.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nik Azwan Mustapha telah berkongsi situasi cemas apabila ada seorang kanak-kanak yang lemas ketika sedang mandi di dalam kolam di sebuah tempat penginapan di Melaka.

Difahamkan, seorang lelaki dewasa tidak perasan kehadiran kanak-kanak itu di kolam dan tersepaknya ke dasar kolam dewasa. Mujur, ada yang menyedari keadaan itu maka kanak-kanak itu diselamatkan dan diberikan bantuan kecemasan CPR.

Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat dikesan selama 20 minit kerana pengunjung yang ramai di sana. Oleh itu, Nik Azwan menasihati para ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memerhati anak-anak kecil mereka agar tidak berlaku kejadian tidak diingini. Vc

Anak Kecil Lemas Tanpa Kelibat Ibu Bapa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker