#PRNMelaka2021: Video Rauf ‘Speaking’

Oleh Megat Terawih

Jangan menilai manusia hanya dengan mereka memiliki ijazah, peringkat sarjana atau PhD sahaja. Taraf kelulusan akademik berbeza namun setiap orang ada kelebihan tersendiri. Contohnya banyak, yang berkelulusan PhD dalam ilmu teknologi maklumat belum tentu mampu mencipta ‘hubungan maya’ merentasi benua seperti terciptanya Facebook, whatsApp dan banyak lagi medium berinternet yang lain.

Bahasa Inggeris yang kononnya dilabel sebagai bahasa antarabangsa juga ada limitnya. Ada yang berpandangan ianya bahasa global namun kalau dilihat orang Jepun, mereka maju tanpa bahasa tersebut dan pemimpin mereka hanya bertutur dalam bahasa Jepun walaupun mereka berada di tanah Inggeris membuat lawatan rasmi. Ada penterjemah yang memudah cara. Ada juga yang boleh terus berkomunikasi. Pemimpin Indonesia juga begitu, Jokowi berucap dalam bahasa ibundanya, Indonesia di PBB.

Boleh berbahasa Inggeri atau bahasa selain bahasa Malaysia adalah satu kelebihan. Ada yang belajar tinggi melangit tetapi tidak mampu menguasai dengan betul bahasa asing itu namun boleh difahami. Ada yang tidak berkelulusan tinggi namun atas daya kesungguhan ingin belajar, mereka mampu kuasai bahasa Inggeris baik bertutur dan menulis.

Lihat calon BN Dun N.02 Tanjung Bidara, Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh apabila diterjah oleh media, secara spontan beliau menjawab. Tenang dan tidak gugup. Walaupun beliau tidak memiliki ijazah sarjana dan hanya peringkat sijil kemahiran teknikal, beliau mampu berhadapan dengan media dalam apa juga situasi.

Ini pengalaman penulis sendiri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker