#PRNMelaka : BN buktikan berani buat perubahan untuk anak muda

Oleh Wahida

Ramai penganalisa politik, rakan dan lawan parti politik dan termasuklah rakyat jelata, terkejut apabila BN memilih untuk meletakkan 85% muka baru yang terdiri dari kebanyakannya adalah calon-calon muda.

Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihanraya tanahair sejak merdeka malahan ramai yang berada di dalam rada politik tanahair tidak menjangkakannya langsung. Pemilihan calon-calon BN kali ini telah mendapat respon yang sangat baik dan positif di kalangan penganalisa politik tempatan sehingga mereka menganggap ia satu tindakan BN yang berani.



Keputusan meletakkan muka-muka baru adalah gabungan idea bersama dari negeri Melaka dan juga BN pusat dan bukan seperti tohmahan sesetengah pihak seolah-olah ia adalah keputusan pemimpin tertentu.

Sebagai pemimpin yang mengetuai jentera BN Melaka, Dato Raof Yusoh menyatakan yang tindakan ini telah menunjukkan Barisan Nasional adalah satu-satunya parti politik yang mampu melihat lebih jauh ke hadapan dan berani merealisasikannya untuk membuktikan BN sentiasa peka dan mesra kepada kehendak perubahan semasa.

Kepimpinan BN juga ingin menjadikan PRN Melaka 2021 sebagai benchmark dalam persedian PRU15 yang akan berlaku tidak lama lagi. Pada masa yang sama, calon-calon muda ini pasti akan dijadikan ikon kepimpinan generasi muda untuk dijadikan rujukan.

Sebagaimana semua maklum, undi 18 tahun akan berkuatkuasa pada PRU15 nanti. Dengan tindakan BN untuk ketengahkan lebih ramai calon-calon muda, ini jelas bermakna BN memberi peluang kepada generasi akan datang dalam mempersiapkan diri mereka terutamanya yang berada di peringkat kepimpian dan mereka yang telah melebihi 15 tahun, peluang terbuka luas untuk mereka.



Barisan Nasioanl sentiasa membuka peluang yang luas kepada anak-anak muda dan buktiknya adalah PRN Melaka 2021.

Kestabilan Demi Kemakmuran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker