Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee atau dikenali sebagai YB YB ‘Juara Penambak Babi’ akan bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusinya di Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November akan datang.

Dalam satu pengumuman hari ini, Norhizam berkata, beliau yakin mampu memenangi semula kerusi itu walaupun bertanding sebagai calon Bebas kali ini.

Beliau dijangka akan berdepan saingan sengit UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), DAP dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).



Norhizam adalah salah seorang daripada ‘Empat ADUN Melaka’ yang menarik balik sokongan mereka kepada pentadbiran negeri ketika itu, sekali gus menyebabkan PRN ini.

“Jika kita melaksanakan tugas kepada rakyat, insya-Allah kita akan menang dan naluri saya memberitahu saya boleh menang sehingga 80 peratus daripada jumlah undi.

“Ini bukan cakap kosong. Saya mempunyai KPI (indeks prestasi utama) selama tiga tahun di mana saya sentiasa turun padang,” katanya pada sidang media di Taman Lagenda, Pengkalan Batu, di sini.

Menurut Norhizam, beliau telah menerima tawaran daripada sekurang-kurangnya empat parti politik untuk bertanding di bawah lambang mereka tetapi memutuskan untuk memasuki medan perang sendirian.



Baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) berkata, ia akan meletakkan Mohd Azrudin Md Idris dari Bersatu untuk kerusi Pengkalan Batu manakala Barisan Nasional (BN) akan meletakkan Datuk Kalsom Nordin daripada UMNO dan Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan Muhammad Danish Zainudin daripada DAP.

Mengulas mengenai calon lain, Norhizam menyatakan keyakinan bahawa tiada seorang pun daripada mereka yang membuatnya tergugat.

“Danish bukan budak tempatan. Dia macam payung terjun dan saya pun tak kenal dia. 

“Gerak kerja Kalsom pula sebaliknya tidak sama taraf dengan saya kerana untuk menjadi calon, seseorang itu mesti telah melakukan gerak kerja sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal,” katanya.



Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker