Kemungkinan ahli Pas sabotaj calon Bersatu

MELAKA: Mahu atau tidak, Perikatan Nasional (PN) perlu membuat analisis risiko berhubung kemungkinan wujudnya sabotaj atau pemberontakan dalaman ahli Pas terhadap calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini kerana, seperti diketahui umum, semangat yang dibina melalui platform Muafakat Nasional (MN) amat tebal dalam kalangan akar umbi Pas dan UMNO di Melaka berbanding negeri-negeri lain.

Kemungkinan itu relevan berdasarkan langkah UMNO sebelum ini yang mengiktiraf kerjasama tersebut dengan beberapa ahli Pas diberi ruang sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).



Walau bagaimanapun, Pas Melaka yakin ahlinya akan patuh mengundi calon PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setiap ahli wajib patuh arahan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan pada Muktamar Pas Ke-67.

Jelas beliau, sekiranya wujud desas-desus yang bertentangan dengan arahan berkenaan, maka ia sudah tidak selari dengan Presiden.

“Bagi saya, Pas antara parti yang membentuk ahlinya dengan kepatuhan tinggi terhadap kepemimpinan. Apabila arahan Presiden undi calon PN, ahli-ahli wajib mematuhinya.



“Jika ada pihak yang memberi pandangan tidak selari bermakna ia bercanggah dengan Presiden. Saya yakin bukan sahaja ahli Pas di Melaka tetapi secara keseluruhannya patuh kepada arahan pemimpin,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, berhubung penggunaan jentera Pas untuk berkempen, Ahmad Bilal yang juga Ketua Pemuda PN Melaka menegaskan, tidak timbul isu Bersatu menggunakan jentera Pas untuk berkempen dalam PRN kali ini.

Katanya, jentera parti telah diarahkan untuk berkempen atas nama PN, bukan untuk Pas atau Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Kemungkinan ahli Pas sabotaj calon Bersatu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


UMNO akui beberapa kerusi panas, medan sengit



Related Articles

One Comment

  1. elok sangat ahli pas boikot bersatu,,bahkan boikot calon2 pas yg bertembung dgn umno. pas konon berpakat dgn umno melalui mn, tiba2 berpaling dari umno dan mengikat perjanjian dgn pengkhianat umno iaitu ppbm,,hanya kerana umno beri dua kerusi sefangkan pas mahu empat kerusi. nampaknya,,bilangan keruai adun lebih tinggi makamnya daripada piagam yg dimetrai….

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker