UMNO akui beberapa kerusi panas, medan sengit

Sebaran :

MELAKA: UMNO akui berdepan saingan sengit di beberapa kerusi panas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun pada masa yang sama parti itu yakin mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah dijangka selepas semua parti yang bertanding meletakkan calon masing-masing di kawasan tersebut.

Katanya, beliau yakin pengundi akan membuat pilihan yang bijak di kawasan terbabit dan pada masa yang sama UMNO akan memberi penekanan terhadap semua kerusi berkenaan.

“Ada beberapa kerusi yang kita jangka menjadi medan sengit di Melaka. Semua parti ada calon masing-masing di tempat tersebut. Kita yakin 13 kerusi itu boleh kita kekalkan dan kita berusaha untuk menambah empat dan lima kerusi lagi supaya Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan sendiri tanpa terpaksa bergantung belas ikhsan orang,” katanya.



Menyentuh pertembungan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Raof Yusof dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Mohamad menjelaskan, kawasan tersebut bukan medan sengit tetapi akan ada persaingan bagi UMNO.

“Saingan di Tanjung Bidara akan ada tapi saya yakin orang di Tanjung Bidara akan pilih BN. Saya harap pengundi di Tanjung Bidara pilih BN . Kita harapkan kelima-lima kerusi di Masjid Tanah itu BN menang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, parti itu berjaya menyelesaikan beberapa perkara berbangkit tentang pertikaian calon di beberapa kerusi.

“Setiap pilihan raya akan ada gegaran tapi yang menggembirakan saya ialah penerimaan pengundi terhadap calon-calon BN. Sebanyak 86 peratus dapat respon positif. Banyak tempat kita sudah dapat selesaikan dan dalam sehari dua dapat selesaikan semua.



“Saya harap jentera dapat kembali kepada gerak kerja kita. Yang penting bertanding ialah parti, cuma calon itu diamanahkan. Partilah yang akan tentukan kerajaan dan kalah menang. Jangan lihat kepada calon tapi parti,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau berpuas hati dengan proses penyerahan borang pencalonan apabila kesemua calon BN diterima pencalonan masing-masing.

“Jadi lepas ini kita kena berkempenlah untuk meyakinkan pengundi memberikan undi mereka kepada BN. Sejajar dengan manifesto kestabilan demi kemakmuran. Kita mesti mewujudkan kerajaan yang stabil. Maknanya kerajaan yang ditubuhkan satu parti teras. Kita tak mahu lagi kerajaan semua parti tidak cukup.

“Sentiasa sahaja jadi ugutan. Kalau tak dapat kehendak hati mereka mereka akan tarik diri. Itu perlu kita hentikan. Kita nak lihat kemakmuran boleh disambung semula di Melaka. Mesti ada kestabilan politik,” katanya yang turut menyifatkan kebanjiran calon Bebas bertanding di PRN Melaka tidak menjadi masalah buat UMNO.



Sebanyak 22 pencalonan daripada 112 yang bertanding pada PRN Melaka merupakan calon Bebas. – UTUSAN ONLINE

UMNO akui beberapa kerusi panas, medan sengit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

 

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *