Ketua Pemuda UMNO Tampin meninggal dunia

TAMPIN: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Muhammad Hafez Hezmi meninggal dunia di kediamannya di Krubong, Melaka, pada usia 38 tahun dipercayai akibat serangan sakit jantung.

Perkara itu disahkan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd Isa yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi.

Menurut Mohd. Isam, berita kematian itu sangat mengejutkan dan adalah kehilangan besar kepada UMNO Bahagian Tampin.



“Malam tadi sekitar pukul 10.45 malam, saya menghubungi Allahyarham untuk  ke kedai makan di Simpang Ampat bagi berbincang bersama jentera UMNO Bahagian Tampin. Kami beredar setelah habis perbincangan pada pukul 12 tengah malam.

“Jasa Allahyarham tidak terhitung, Allahyarham banyak berkorban wang ringgit untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan seperti makanan, katil hospital dan kerusi roda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Isam berkata, Allahyarham mudah didekati dan sangat setia kepada pemimpin serta sudah dikenalinya hampir 20 tahun lalu.

Muhammad  Hafez sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin sebelum menjadi Ketua Pemuda Bahagian dan Pengerusi Belia 4B Pekan Gemas sejak tahun 2004.



Allayharham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Jenazah dijangka dimandikan dan dikapankan di Masjid Jamek Gemas serta dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Masjid, Gemas sebelum sokat Zohor. – UTUSAN ONLINE

Ketua Pemuda UMNO Tampin meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker