PUBG Mobile dipertandingkan di Sukan Asia 2022

PUBG Mobile dipertandingkan di Sukan Asia 2022

Buat kali pertama dalam sejarah, permainan PUBG Mobile menjadi salah satu daripada lapan acara e-sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China bermula 10 hingga 22 September tahun depan.

Permainan yang dibangunkan bersama Lightspeed and Quantum Studios milik Tencent Games dan KRAFTON itu salah satu daripada permainan mudah alih paling popular di dunia dan kini diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).



Setiap peserta yang bakal beraksi pada temasya itu akan bersaing dalam versi Sukan Asia PUBG Mobile bagi merebut pingat emas.

Pada Sukan Asia ke-19, PUBG Mobile dipertandingkan bersama tujuh lagi permainan lain iaitu Arena of Valor Asian Games Version, DOTA 2, Dream Three Kingdoms 2, permainan bola sepak jenama EA Sports Fifa, Hearthstone, League of Legends dan Street Fighter V.

Pemilihan PUBG Mobile di Sukan Asia 2022 menunjukkan perkembangan berterusannya sebagai permainan e-sukan mudah alih paling popular dengan lebih 1 bilion muat turun di serata dunia.

Pengarah E-sukan Global Tencent Games, James Yang berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan pemilihan PUBG Mobile sebagai permainan yang akan dipertandingkan di temasya Sukan Asia 2022.



“Kami mempunyai peserta sangat berbakat dari beberapa negara di rantau ini dan tidak sabar untuk melihat mereka bersaing dalam acara berprestij ini. Peminat permainan ini boleh menyaksikan persaingan antara peserta PUBG Mobile terbaik di rantau ini,” katanya.

Ketua Jabatan Pemasaran Strategik PUBG Mobile di KRAFTON, Minu Lee pula berkata: “Saya berbangga kerana PUBG Mobile terpilih sebagai acara yang menawarkan pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022.” HM

PUBG Mobile dipertandingkan di Sukan Asia 2022


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker