Rafiq tinggalkan pengundi DUN Paya Rumput demi kerusi selamat

 

MELAKA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam Parlimen Kota Melaka dianggap salah satu kawasan ‘panas’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Ini kerana Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen bertanding di situ.



Beliau tidak mempertahankan DUN Paya Rumput yang dimenangi sewaktu bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pelbagai spekulasi mengatakan, Mohd. Rafiq bertanding di Telok Mas kerana kerusi tersebut dianggap paling selamat untuk beliau.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dipercayai lebih berminat untuk menggantikan penyandang kerusi, Datuk Noor Effandi Ahmad yang hilang keahlian parti selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Pada PRU-14, calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan calon Pas, Rosazli Md. Yasin tewas kepada Noor Effandi dengan majoriti 1,288.



Terdahulu, ketika PRU-13, ia dimenangi calon BN, Datuk Latiff Thamby Chik dengan majoriti 701 menewaskan calon Pas, Haron Mohamed.

Telok Mas bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Mohd. Rafiq; calon PH, Ashraf Mukhlis Minghat; calon BN, Abdul Razak dan calon Bebas, Ariff Adly. – UTUSAN ONLINE

Rafiq tinggalkan pengundi DUN Paya Rumput demi kerusi selamat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


UMNO akui beberapa kerusi panas, medan sengit

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker