‘Saya Ketua Puteri UMNO Jasin’ – Dira

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menepis dakwaan sesetengah pihak, kononnya beliau tidak layak untuk bertanding di situ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Khaidhirah atau lebih dikenali dengan panggilan Dira berkata, perkara tersebut tidak seharusnya dibangkitkan kerana kerusi itu masih dalam kawasan tempatnya berkhidmat.

“Secara dasar Perlembagaan tidak menghalang calon untuk bertanding di luar kawasan dan Rim bukanlah kawasan asing bagi saya, bukan tercampak di luar Parlimen.



“Saya pula bukanlah Ketua Puteri UMNO Cawangan Merlimau tetapi saya adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin yang memberikan perkhidmatan di seluruh daerah ini termasuk di DUN Rim,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, tiga kerusi DUN dalam Parlimen Jasin dilihat bakal terlepas daripada genggaman, berikutan calon dipilih untuk bertanding tidak memenuhi kehendak masyarakat dan akar umbi di kawasan terbabit.

Setiausaha UMNO Bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan berkata, rata-rata masyarakat dan ahli mula menunjukkan rasa resah dan kurang senang berhubung senarai calon yang akan bertanding di Bemban, Sungai Rambai dan Rim.

Dalam pada itu, Dira menambah, penghijrahannya ke ibu kota sebelum ini adalah sebahagian daripada proses mencari pengalaman, sebelum segala ilmu dapat digunakan untuk berbakti di tempat kelahiran sendiri.



Mengenai keyakinannya bertanding di kubu kuat UMNO itu, Dira optimis beliau mampu menyumbang ke arah pertambahan kerusi.

“Insya-Allah di Rim, keseluruhannya ia adalah kubu kuat UMNO, kita anggap ia sebagai fixed deposit untuk menyumbang membentuk kerajaan negeri BN.

“Saya yakin sokongan dan langkah drastik yang diambil pucuk kepimpinan meletakkan calon muda, yang dilaung-laungkan akar umbi selama ini sangat progresif. Kita bukan sekadar cakap retorik sahaja,” tegasnya.

Dira berdepan tiga calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), B. Prasant Kumar dan calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman. – UTUSAN ONLINE



‘Saya Ketua Puteri UMNO Jasin’ – Dira


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Faktor calon jadi penentu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker