Saya puasa untuk elak beli tuala wanita – pemain biola

Saya puasa untuk elak beli tuala wanita- pemain biola kongsi kisah miskin haid

Pemain biola, Endang Hyder berkongsi kisahnya berpuasa untuk mengelakkan kedatangan haid bagi menjimatkan wang daripada membeli tuala wanita.

Berkongsi kisah itu di blog pedulimerah.com, Endang berkata segalanya bermula apabila pandemik Covid-19 melanda negara bermula pada Mac 2020.



“Keluarga dan saya masih mampu bertahan kerana simpanan keluarga pada ketika itu boleh dikatakan mencukupi untuk kami bertahan selama 2 tahun bagi melengkapi keperluan 6 orang.

“Namun kesihatan ayah saya merosot sejak April 2020 yang mana mempengaruhi keadaan kewangan kami baik simpanan mahupun kewangan semasa.

“Keperluan perubatan, kos berulang alik ke hospital setiap hari makin menyukarkan kami bertahan sewaktu pandemik melanda,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Menurut Endang, penggunaan tuala wanita pakai buang yang diperlukan olehnya menelan belanja sekitar RM60 dengan kekerapan penggantian setiap tiga jam.



“Sekitar Julai 2020, saya menyedari saya perlu mengurangkan kos bagi memenuhi keperluan makanan ibu bapa dan anak-anak maka saya beralih ke jenama tuala wanita yang lebih murah dan penggunaan jenama tuala wanita murah ini hanya menelan belanja sekitar RM15 sepanjang saya kedatangan haid.

“RM15 merupakan nilai yang kecil bagi mereka yang mampu, namun bagi keadaan saya ketika itu yang merasakan nilai RM15 boleh dibelanjakan untuk seekor ayam mentah kecil yang mampu mengenyangkan ahli keluarga selama 4 hari, maka saya mencari solusi agar saya tidak perlu membeli tuala wanita,” katanya.

Bagi Endang, dia memahami mengapa ada wanita memilih untuk mengandung bagi mengelak membeli tuala wanita.

“Tujuan mereka baik untuk jangka pendek dan panjang, kerana tuala wanita itu mahal. Wang yang digunakan bagi keperluan membeli tuala wanita ini mampu memberi makanan berkualiti kepada ahli keluarga yang lainnya.



“Saya berharap kerajaan mengambil keputusan agar mampu menyalurkan keperluan tuala wanita berkualiti kepada seisi rumah seluruh Malaysia dan membantu wanita mempunyai lebih pengetahuan secara meluas agar mampu berhadapan dan menguruskan kesihatan juga kebersihan diri sewaktu mestruasi,” jelasnya.

Isu kemiskinan haid di Malaysia kembali diperkatakan apabila laporan Utusan Malaysia bulan lalu memetik penemuan NGO Sanitary Bank Malaysia yang mendapati terdapat remaja perempuan daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah sanggup hamil untuk mengelak daripada membeli tuala wanita selama sembilan bulan.

NGO itu berkata ia adalah perkara biasa di kawasan luar bandar dan ramai wanita sanggup mengambil jalan mudah dengan mengandung tanpa memikirkan perkara-perkara lain yang perlu dibelanjakan apabila mereka sudah melahirkan anak.

Sejak permulaan wabak Covid-19, NGO lain menggiatkan usaha untuk menyediakan tuala wanita atau tuala kain alternatif kepada keluarga memerlukan, termasuk daripada komuniti miskin bandar.



Semasa pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata dianggarkan 130,000 remaja perempuan daripada keluarga B40 tidak mempunyai akses kepada produk kebersihan, seperti tuala wanita, kerana kekangan kewangan.

Sebagai respons kepada isu itu, kerajaan berjanji akan menyediakan kit kebersihan diri percuma setiap bulan kepada kira-kira 130,000 remaja perempuan daripada keluarga B40 bagi menangani isu kemiskinan haid. Mk

Saya puasa untuk elak beli tuala wanita’
– pemain biola


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker