PRN Melaka: Tok Leman sediakan sesuatu yang istimewa untuk warga Lendu jika BN menang

Oleh Ustaz Jeff

Semalam secara rasminya YAB Datuk Seri Utama Dr. Hj. Sulaiman Md. Ali akan mempertahankan kerusi N.04 Lendu dalam Pilihanraya Umum Negeri Melaka 2021. Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka Ketika ini divabar oleh dua calon lain iaitu masing-masing daripada PH dan PN.

Dalam satu temubual eksklusif di Hotel Lacrista beliau memaklumkan bahawa beliau telah sediakan beberapa perkara yang istimewa sekiranya beliau menang di Dun Lendu dan BN dapat memerintah kembali kerajaan Negeri Melaka.



Antara perkara yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan pusat kegiatan dan kemahiran untuk golongan belia seperti e-sport, kebudayaan dan seumpamanya.

Mewujudkan dan menaik taraf kemudahan awam untuk kemudahan rakyat . Masjid Tanah akan dinaik taraf menjadi satu daerah baharu di Melaka.

Beliau akan membina dan menaik taraf jaringan jalan raya di kampung-kampung dan taman-taman selain menyelesaikan isu tekanan air rendah.

Malah Tok Leman telah merancang juga satu plan untuk menyelesaikan masalah banjir di beberapa lokasi di Dun Lendu.



Selain itu, beliau juga akan sediakan kemudahan ambulan dan kereta jenazah untuk kemudahan warga Dun lendu.

 

https://youtu.be/eMk0nuEenBg



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker