PRN Melaka: Muafakat Nasional Pasti Bangkit Semula Jika Tiada Kerajaan Stabil

#PRN Melaka: Muafakat Nasional Pasti Bangkit Semula Jika Tiada Kerajaan Stabil

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja buat parti Pas, malah buat Barisan Nasional (BN) supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan strategi untuk bertanding.

Menurut penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, ia kerana kedua-dua parti tersebut dilihat semakin kukuh dan mempunyai prestasi yang semakin meningkat dalam kerajaan perlu menjadikan kerjasama di antara mereka diteruskan untuk masa akan datang.

“Bekerjasama ini bukan setakat berada dalam tempoh kekalahan sebelum ini tetapi juga bagaimana Muafakat Nasional itu sebenarnya boleh berterusan ketika kedua-dua parti juga semakin kuat dan semakin meningkat prestasi mereka dalam kerajaan.

“Dan sudah pasti apabila tidak ada satu parti yang mampu untuk menubuhkan kerajaan dengan stabil, saya yakin Muafakat Nasional ini akan dibangunkan semula.

“Ia akan diperbaharui antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan negeri Melaka itu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau mengulas bahawa isu kontroversi yang melanda pemimpin politik yang kalah dalam mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merupakan satu mesej yang jelas bahawa apa sahaja perkara yang tidak mendapat restu Presiden parti perlu difikirkan semula.

Namun begitu, tambah beliau, kontroversi tersebut bukan sahaja menjadi punca kekalahan bagi dua ahli politik tersebut.

“Kita lihat sebenarnya bukan setakat isu audio yang tersebar itu, juga bagaimana kelantangan yang luar biasa yang diperlihat oleh pemimpin-pemimpin tersebut.

“Itu sebenarnya sukar diterima kerana dalam Pas ini ada budaya yang tersendiri ada perbincangan secara tertutup, bermusyawarah, bersyura itulah yang sebenarnya dipertahankan oleh Pas.

“Jadi, jika munculnya kontroversi melibatkan kelantangan, audio atau apa sahaja bersifat terbuka ini sebenarnya adalah satu titik hitam kepada mana-mana pemimpin dalam Pas untuk terus naik dalam hierarki kepimpinan parti,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegagalan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat.

Mohd Khairuddin dan Nik Mohamad Abduh yang sebelum ini merupakan AJK Pas Pusat bagi sesi 2019 – 2021 bagaimanapun akur dengan kekalahan bagi merebut jawatan yang sama.-AA

#PRN Melaka: Muafakat Nasional Pasti Bangkit Semula Jika Tiada Kerajaan Stabil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker