UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas

Sebaran :

UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas

MELAKA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tidak pernah memungkiri janji mengenai pembahagian kerusi dengan ‘rakan’ dalam Muafakat Nasional (MN).

Jelasnya, beberapa perbincangan yang diadakan antara Pas dan UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bahawa parti itu sedia untuk menyerahkan kerusi kepada Pas untuk ditandingi.

“Tak timbul kita (UMNO) mungkir janji, yang jahat adalah UMNO sahaja, orang tak tahu UMNO tak mungkir janji bahkan beri ruang dan sedia beri kerusi tapi tangan yang dihulur tak disambut.



“Maka kita kena buat keputusan kerana rakan kita mereka tak mahu guna lambang dia. Jelas mereka tak mahu bersama (dengan UMNO) dan kita terpaksa buat keputusan segera,” katanya dalam sesi temubual berjudul Gegau Melaka: PRN Melaka – BN Janjikan Kestabilan, Kemakmuran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata demikian mengulas mengenai pendirian Pas yang bersama-sama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menentang UMNO-BN di PRN Melaka.

Untuk rekod, Pas memperoleh lapan kerusi untuk ditandingi dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil Duyong, Merlimau dan Serkam menentang UMNO.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, UMNO mengambil pendirian ketika itu untuk membahagikan kerusi yang dimenangi oleh UMNO kepada Pas.



“Cara kita bahagi kerusi iaitu siapa menang, dia punya kerusi dan memiliki undi terbanyak. Tetapi rakan kita dalam MN satu (kerusi) pun tidak ada.

“Kita hargai rakan bukan kita nak tinggalkan, kalau ikut formula rakan tidak ada (kerusi) tapi kita tawarkan kerusi dan itu syarat lama sudah setuju pakai logo masing-masing,” katanya lagi.

Mohamad turut berkata, UMNO bukan mahu bersikap sebagai ‘abang besar’ dalam Muafakat Nasional.

Jelasnya tidak timbul dakwaan bahawa UMNO mahu menjadi ‘abang besar’ kerana UMNO mahu Pas bertanding di PRN Melaka dengan menggunakan logo mereka sendiri.



“Saya tak nampak pula terminologi ‘abang besar’ adalah satu perkara yang disebut, kita tanding dalam BN, persefahaman itu sudah lama.

“Kita nak bahagikan kerusi itu (kerusi PRN Melaka) sudah lama, tak timbul soal siapa abang besar atau kecil,” katanya lagi. MG

UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?


Sebaran :

Leave a Reply