Kanak-kanak Islam ditikam puluh kali di AS ketika Islamofobia meningkat

Kanak-kanak Islam ditikam puluh kali di AS ketika Islamofobia meningkat

WASHINGTON: Seorang tuan tanah warga Amerika Syarikat (AS) didakwa melakukan jenayah pembunuhan dan kebencian selepas menikam seorang wanita beragama Islam dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berpuluh-puluh kali.

Menurut polis, serangan itu ada kaitan dengan perkembangan konflik berterusan antara Israel dan Palestin.



Kanak-kanak itu yang ditikam 26 kali, meninggal dunia di hospital, manakala wanita berusia 32 tahun itu, dipercayai ibunya, dirawat di hospital, menurut pejabat sheriff Will County di Illinois dalam kenyataan semalam.

“Penyiasat dapat menentukan bahawa kedua-dua mangsa dalam serangan kejam ini disasarkan oleh suspek kerana mereka beragama Islam dan konflik Asia Barat yang berterusan membabitkan Hamas dan Israel,” menurut kenyataan itu.

Pejabat sheriff tidak memberikan butiran lanjut atau kewarganegaraan mangsa, tetapi pejabat Chicago bagi Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyifatkan kanak-kanak itu sebagai Palestin-Amerika.

Pihak berkuasa berkata, wanita itu berjaya menghubungi 911 ketika dia bergelut melawan tuan tanah, dinamakan oleh pejabat sherif sebagai Joseph Czuba, 71.



“Kami mengesan dua mangsa dalam kediaman itu di sebuah bilik tidur. Kedua-dua mangsa mempunyai beberapa kesan tikaman di dada, badan dan bahagian atas badan mereka,” menurut kenyataan sheriff.

Sebilah pisau ‘rambo’ ditarik dari perut kanak-kanak itu ketika bedah siasat, kata kenyataan itu.

Apabila polis tiba, mereka mendapati Czuba duduk di atas tanah berhampiran jalan masuk kediaman itu dengan luka di dahi. Dia dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum didakwa atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh, dan dua pertuduhan jenayah benci.

“Tertuduh mengetuk pintu dan cuba mencekik mangsa, dan berkata, ‘kamu orang Islam’ mesti mati,” kata Ahmed Rehab, ketua pejabat CAIR di Chicago, kepada pemberita, memetik mesej teks yang dihantar oleh wanita itu kepada bapa kanak-kanak berkenaan.



Serangan itu adalah “mimpi ngeri kami yang paling teruk,” kata CAIR dalam satu kenyataan.

Israel mengisytiharkan perang ke atas Palestin Ahad minggu lalu, sehari selepas gelombang pejuang Hamas menembusi sempadan.

Pengeboman tanpa henti menyebabkan kawasan kejiranan terjejas teruk dengan sekurang-kurangnya 2,670 orang terbunuh di Semenanjung Gaza, majoriti orang awam Palestin. BH

Kanak-kanak Islam ditikam puluh kali di AS ketika Islamofobia meningkat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker