Warga emas maut langgar jalan berlubang

Kuala Lumpur: Lelaki warga emas maut selepas terjatuh akibat melanggar jalan berlubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini, hari ini.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima laporan pada 7.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri.

“Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KJ jadi mangsa jalan berlubang, sekali netizen suruh bawa ke parlimen



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker