PRN Melaka: Ketua Menteri Melaka Berdepan Pertandingan Tiga Penjuru di Lendu.

Sebaran :

Oleh Ustaz Jeff

Penyandang Kerusi N.04 Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka bakal berdepan pertandingan tiga penjuru. Beliau dicabar oleh Mohamad Asri calon dari Pakatan Harapan PH) dan Abdullah Mahadi mewakili Perikatan Nasional (PN).

Calon PH tiba ke tempat penamaan calon pada jam 8.30 pagi diikuti oleh calon PN jam 8.45 pgi seterusnya calon BN pada jam 9.00 pagi.

Turut hadir mengiringi calon BN ke Pusat Penamaan calon ialah Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihanraya BN Negeri Melaka.



Proses pencalonan bermula tepat jam 9.00 pagi dan ditutup jam 10.00 pagi. Pegawai pilihanraya mengesahkan tiada borang ditolak dan kesemua calon layak untuk bertanding dalam PRN Melaka 2021 pada 20 November nanti.

Untuk rekod proses penamaan calon bagi Kawasan Pilihanraya N.04 Lendu diadakan di Dewan Japerun Lendu.


Sebaran :

Leave a Reply