Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap situasi menang-menang dapat dicapai antara Kementerian Pendidikan dan seorang guru yang didakwa dikenakan tindakan kerana mengkritik sistem pendidikan.

Beliau berkata, dalam menjaga integriti, pihak kementerian perlu mengambil kira pelbagai pandangan dalam memutuskan tindakan dan penjawat awam pula perlu menghormati pihak kementerian.

“Saya menelefon Ketua Pengarah Pendidikan tentang guru yang tersebar tular dalam media sosial konon tindakan akan diambil terhadap beliau seperti dipecat, turun pangkat digantung dan macam-macam lagi.



“Surat tunjuk sebab itu perkara biasa dalam jabatan kerajaan, tetapi esok jawatankuasa disiplin akan bermesyuarat dan membuat keputusan selepas itu,” katanya pada sidang media program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen B’era di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rintihan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan mengenai surat daripada Kementerian Pendidikan memaklumkan beliau akan dipecat atau diturunkan pangkat kerana membuat kritikan di media sosial.

Antara kritikan yang dibuat guru berkenaan silibus yang tinggi dan padat, subjek yang banyak, beg berat, masa belajar subjek teras tidak mencukupi dan juga kewujudan ‘little napoleon’ dalam sistem pendidikan menyebabkan berlaku kerosakan.

Menurut Ismail Sabri, beliau tidak mahu mendahului keputusan jawatankuasa disiplin, namun percaya tindakan yang keras tidak akan berlaku dan perkara positif akan didengari esok.



“Saya dimaklumkan pagi tadi ‘viral’. Banyak komen netizen tindakan yang mungkin diambil. Ramai berikan komen negatif, sebab itu saya beritahu Ketua Pengarah Pendidikan dalam masa sama menjaga integriti pendidikan, mesti dengar pandangan masyarakat,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker