Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?

Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?

“Nanti saya muat naik gambar saya dengan BTS dan BLACKPINK,” seloroh pelawak Atu Zero, 30, berhubung info Wikipedianya jadi mangsa suntingan ‘nakal’ netizen.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif menganggap perbuatan itu menghiburkan dan tidak ambil hati pun malah merasa hal terbabit kelakar.

“Bagi saya benda itu menghiburkan. Selagi perkara itu bukan sesuatu yang negatif dan mengaibkan, saya okey.



“Bila saya tengok ada penambahan nama artis seperti BLACKPINK dan BTS, alhamdulillah saya diangkat pula seperti selebriti yang sangat berkebolehan,” katanya dengan nada bergurau.

Terdahulu, Atu berkongsi sebuah hantaran foto maklumatnya di Wikipedia disunting.

Dia dikatakan pernah menyanyi dan membuat persembahan dengan ramai penyanyi kelas dunia seperti Bon Jovi dan Ricky Martin.

Terbaru, info itu turut ditambah dengan nama BTS dan BLACKPINK. Bahkan dia turut dikatakan pernah berlakon dalam banyak rancangan televisyen drama dan filem Korea seperti Crash Landing on You, dan Lawyers. HM



Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker