Mas Idayu nafi rumah tangga goyah, bengang jadi bahan gosip
Mas Idayu nafi rumah tangga goyah, bengang jadi bahan gosip
Penyanyi dangdut Mas Idayu meluahkan rasa bengang apabila tindakannya memuat naik status sedih di media sosial mencetuskan spekulasi rumah tangganya bermasalah.
Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, berkata, perkahwinan yang baharu sahaja sebulan dibina itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Apa yang membuatkan saya marah apabila ada berita mengatakan ‘baru bahagia dah berduka’.
“Mereka kata ambil daripada kapsyen Instagram saya, sebenarnya sejak dulu saya suka berkongsi cerita sedih, gembira atau kelakar. Tapi saya tidak terlibat dengan kapsyen itu!
“Sepanjang baru sebulan saya kahwin… saya okey sahaja. Inai pun masih merah lagi,” ujarnya.
Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu kini sedang bergolak selepas dia memuat naik video dan kapsyen berbunyi ‘berselindung disebalik senyum dan tawa… i’am okey’.
Penyanyi lagu Selangit itu meminta semua pihak berhati-hati dalam berkongsi sesuatu perkara yang tidak betul terutama melibatkan rumah tangganya.
“Saya okey sahaja, kalau nak tahu apa-apa tanya dahulu, kalau kami nak berkongsi okey, kalau tidak maknanya itu hal personal. Kami masing-masing ada keluarga.
“Kita kena jaga hati keluarga masing-masing. Kalau boleh doakan sahaja yang baik-baik,” ujarnya.
Sementara itu, Mas Idayu berkata dia dan suaminya kini sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak selalu muncul bersama.
“Apa yang korang nak sebenarnya, nak tengok Mummy dan Daddy berkepit je hari-hari.
“Kami sangat-sangat sibuk dengan kerja. Seminggu ni saya betul-betul sibuk dan tiada masa nak layan cerita bodoh ni,” ujarnya.
Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, dengan sekali lafaz pada 16 September lalu.
Mas Idayu dan Muhammad Sufian berkenalan sejak terbabit dalam program Mentor 3 pada 2008.
Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25. K Online
Mas Idayu nafi rumah tangga goyah, bengang jadi bahan gosip
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET