Komen lucah : Suami Lizzy tak kisah


Suami kepada pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan, dikenali Siew Jim mendedahkan dia tidak cemburu dengan komen lucah yang diterima isterinya di media sosial.

Siew Jim berkata, dia bukanlah seorang lelaki yang kuat cemburu.

“Secara jujurnya perasaan cemburu saya ‘kosong’. Saya tidak kisah langsung dengan komen-komen lucah itu.

“Lagipun saya bukan seorang lelaki yang kuat cemburu. Bagi saya kalau kita sudah melalui bermacam fasa dalam perhubungan, soal cemburu bukan menjadi satu masalah besar,” katanya dalam satu sesi soal jawab yang diberikan pengikutnya di Instagram.

Sebanyak 15 soalan dipilih Elizabeth atau mesra disapa Lizzy selepas menerima banyak rungutan daripada peminat yang mahu mengenali jejaka yang sudah berjaya menawan hatinya itu.

Menurut Lizzy, dia juga mengakui tidak terkesan dengan segala komen lucah yang ditinggalkan wargenet.

“Saya juga tidak terkesan dengan komen-komen lucah yang diberikan. Ini kerana, saya sayangkan kalian semua sebab masih menyokong saya dalam apa keadaan sekalipun,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy turut berkongsi bibit perkenalan mereka sehingga sah bergelar suami isteri.

“Kami berkenalan dekat sebuah bar minuman, ketika itu saya dah ada kekasih. Jadi, masa berjumpa pun kami tak banyak borak.

“Kami diperkenalkan oleh kawan baik suami, tapi selepas itu kami tidak bercakap selama tiga tahun sehinggalah mula berkenalan kembali,” katanya.

Sepanjang sesi soal jawab itu berlangsung, Siew Jim dilihat seorang yang terbuka dengan sebarang soalan yang diajukan termasuk soal anak serta status mereka yang duduk berasingan.

Terdahulu, ramai lelaki Melayu patah hati apabila gambar perkahwinan penyanyi lagu Knock Knock itu tersebar di media sosial pada Mac lalu. Namun, Lizzy mengambil masa agak lama untuk menjelaskan perkara terbabit. HM

Saya memang nakal – Elizabeth Tan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker