Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?

#PRU15

Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?

Parlimen Bukit Gantang di Perak kekal ditandingi Bersatu walaupun PAS berhasrat menuntut semula kerusi berkenaan selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 lalu, kata sumber.

Kerusi berkenaan dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengalahkan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (16,052) dan calon dari PKR, Khadri Khalid (18,361) dengan majoriti 4,089 undi. Hussin kemudian keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum menyertai Bersatu.



Sumber itu berkata, pada dasarnya pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu adalah penyandang kekal di kerusi masing-masing, selain mengambil kira jumlah undi yang diperolehi setiap calon pada pilihan raya umum lepas.

“Kalau dia (Idris) nak, kena ikutlah ‘principal’. Dia kalah dulu (PRU14)… duduk nombor 3 dalam senarai calon, Hussin dapat lebih 22,000 undi, dia hanya dapat 16,000 undi.

“Jauh tinggal. Nak kena ambil kira jugalah angka-angka itu,” katanya kepada FMT.

Tambah sumber itu lagi, pertemuan dengan bekas Ahli Parlimen dan ketua bahagian Bersatu Bukit Gantang yang diadakan pagi tadi juga mahukan Hussin kekal bertanding di kawasan berkenaan.



Malah katanya, perbincangan antara presiden Bersatu bersama penyandang serta ketua-ketua bahagian sebelum ini juga kekal dengan prinsip bahawa Bersatu akan kekal bertanding di kerusi yang dimenanginya.

“Dalam mesyuarat bersama pemimpin akar umbi, presiden ada menyebut PAS boleh cari tempat lain (selain Bukit Gantang) kerana dia (Idris) naib presiden (PAS), dia boleh pergi ke mana saja,” kata sumber itu sambil mengesyorkan pemimpin PAS itu bertanding di Parit Buntar yang dimenangi Mujahid Yusof Rawa dari Amanah.

Sementara itu, Hussin ketika dihubungi FMT berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan mengenai masa depannya di kawasan berkenaan, namun mengakui positif akan dicalonkan semula bagi mewakili suara rakyat Bukit Gantang.

“Secara dasarnya dalam rundingan pembahagian kerusi, penyandang kekal di kerusi masing-masing. Itu persefahaman antara PAS dan Bersatu. Presiden juga mempertahankan ini (Bukit Gantang) adalah kerusi menang untuk Bersatu,” katanya.



Bukit Gantang menjadi antara “kerusi panas” kerana menjadi rebutan antara Bersatu dan PAS apabila Idris yang memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 mahu kekal bertanding di situ.

FMT sedang mendapatkan komen Idris dan pemimpin tertinggi PAS. FMT

Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker