Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail

#PRU15

Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail

Perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob menolak dakwaan bahawa beliau tidak berunding dengan Jemaah Menteri sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, malah menegaskan isu itu dibincangkan sebanyak dua kali.

Dalam perhimpunan Barisan Nasional Perak di Bagan Datuk, Ismail mengakui terdapat pelbagai pandangan bertentangan daripada pihak menteri berkaitan tindakan membubarkan Parlimen.

Katanya, beliau memaklumkan sekiranya mereka tidak bersetuju beliau tetap boleh membubarkan Parlimen dan “memecat saja semua orang”.

“Saya boleh buat. Silap. Patut saya pecat semua sekali. Tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut…” kata naib presiden Umno itu dengan disambut sorakan hadirin.

Bagaimanapun, Ismail berkata beliau memaklumkan menteri-menterinya dalam mesyuarat Jemaah Menteri lalu bahawa hubungan mereka akan tetap utuh walaupun kebanyakan parti masing-masing bakal berlawan dalam PRU15 akan datang.

Pada 6 Oktober lalu, 12 menteri Perikatan Nasional (PN) telah mengutus surat kepada Agong berhubung pendirian gabungan itu menolak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Mereka memetik musim tengkujuh dan usaha pemulihan ekonomi negara sebagai alasan untuk mengadakan PRU15 tahun hadapan.

Sementara itu, Ismail turut menyelar DAP berhubung saman dikemukakan Charles Santiago bagi mencabar pembubaran Parlimen, walaupun tidak menamakan bekas Ahli Parlimen Klang itu dalam ucapannya.

Ismail mendakwa, DAP secara asasnya mencabar keputusan Agong mengizinkan pembubaran, dengan tindakan itu disifatkan tidak hormat dan tidak akur dengan Seri Paduka Baginda.

Santiago memfailkan saman pada 11 Oktober menamakan Ismail, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden. Beliau mendakwa Ismail sebagai perdana menteri “caretaker”, dikatakan telah melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mahukan deklarasi bahawa permintaan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan itu tidak dibuat atas nasihat Jemaah Menteri dan oleh itu, terbatal dan tidak sah. Peguam yang mewakili kerajaan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.

Sementara itu, Ismail berkata PH sepatutnya berpuas hati negara akan melalui pilihan raya memandangkan telah berulang kali menggelar kerajaannya tidak sah dan pentadbiran “pintu belakang”.

Beliau turut berkata hubungannya baik dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, malah persepsi yang ditimbulkan kononnya hubungan mereka bermasalah hanya cubaan memecahbelahkan parti. FMT

Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker