Suspek tembak MH17 dilantik komander tentera Russia

Suspek tembak MH17 dilantik komander tentera Russia

MOSCOW: Seorang suspek utama yang dituduh bertanggungjawab dalam insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014, dilantik sebagai `komander pasukan barisan hadapan Russia’ yang bertempur di Ukraine.

Memetik laporan Daily Mail, Igor Strelkov, 51, yang merupakan bekas menteri pertahanan di Republik Rakyat Donetsk (DNR) sebelum ini adalah pengkritik lantang Kremlin berhubung kempen Ukraine.



Namun, bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) itu kini dilaporkan dilantik sebagai komander barisan hadapan.

Gambar memaparkan Strelkov dalam pakaian seragam tentera sedang mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya, tular dalam media sosial.

Strelkov atau nama sebenarnya Igor Girkin, dituduh dalang insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia pada 2014.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine, menyebabkan kesemua 298 penumpang serta anak kapal terbunuh.



Strelkov merupakan antara empat suspek merangkumi tiga warga Russia dan seorang rakyat Ukraine, yang dibicarakan atas kesalahan membunuh dalam nahas membabitkan MH17 di sebuah mahkamah di Belanda.

Mahkamah Belanda yang mengendalikan perbicaraan itu dijangka mengeluarkan keputusannya bulan depan.

Seorang wartawan Yuri Kotenok menyifatkan ‘ketiadaan’ Strelkov sejak 10 Oktober membuktikan bahawa dia dibenarkan pergi ke zon perang.

“Dia berperang bersama batalion sukarelawan sebagai ketua kakitangan atau timbalan komander,” katanya



Berita pelantikan Strelkov sebagai komander baharu muncul ketika tentera Ukraine membedil sehingga merosakkan bangunan pentadbiran di bandar Donetsk.
Utusan

Suspek tembak MH17 dilantik komander tentera Russia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker