Jet pengebom SU-34 Rusia rempuh apartmen, 6 nyawa terkorban [VIDEO]

Sebuah jet pejuang Rusia merempuh bangunan apartmen di selatan negara itu pada Isnin. – Foto AP

MOSCOW – Enam orang maut selepas sebuah jet pengebom Su-34 milik tentera Rusia terhempas di bangunan apartment di Yeysk selatan negara itu pada Isnin.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, nahas berlaku selepas salah satu enjinnya terbakar dalam kejadian yang menyebabkan 25 orang terpaksa dirawat di hospital.

Bagaimanapun, juruterbangnya selamat selepas dia berjaya keluar dengan menggunakan kerusi anjal dari jet itu.

Pada 17 Oktober 2022, sebuah pesawat Su-34 terhempas semasa semasa penerbangan latihannya dari lapangan terbang tentera di daerah selatan.

“Pesawat itu terhempas di dalam sempadan bandar Yeysk,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, jet pengebom itu merempuh halaman sebuah bangunan kediaman.

“Bahan api pesawat itu terbakar selepas Su-34 terhempas ke halaman bangunan kediaman,” tambah kenyataan kementerian itu.

Pegawai tempatan memberitahu Menteri Kecemasan Rusia, Alexander Kurenkov bahawa enam orang telah meninggal dunia dan enam lagi hilang, kata agensi berita TASS.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkannya supaya pergi ke tempat kejadian sejurus selepas kemalangan itu.

Sebahagian besar bangunan sembilan tingkat itu terbakar selepas nahas manakala pihak berkuasa tempatan kemudian berkata kebakaran telah berjaya dipadamkan.

Dalam pada itu, menurut Menteri Perlindungan Awam dan Situasi Kecemasan wilayah, Sergey Shtrikov, seramai 25 orang cedera dalam nahas itu.

Menurutnya, seramai 363 orang telah dipindahkan manakaka 556 orang lagi termasuk 76 kanak-kanak hidup di bangunan kediaman yang rosak.

Sekurang-kurangnya 17 unit apament rosak dalam nahas itu. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker