Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon

Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon

Pemerhati politik meramalkan ada penyandang kerusi Parlimen mengambil kesempatan untuk melompat parti, khususnya sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain tidak menolak penyandang kerusi Parlimen daripada BERSATU akan melompat ke parti lain, berdasarkan ‘trend’ keluar parti dalam kalangan pemimpin parti itu.



“Tidak dinafikan mungkin akan ada Ahli Parlimen yang melompat parti (setelah Parlimen dibubarkan) jika ada ruang sebegini, khususnya pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon.

“Ini untuk survival politik mereka dan jika bernasib baik, boleh dipilih sebagai calon PRU. Mungkin tidak yakin partinya akan menang dalam PRU, mereka pun pindah parti.

“Saya menjangka mungkin daripada BERSATU khususnya kerana berdasarkan sejarah, mereka pun melompat dari UMNO. Baru-baru ini pun, ada pemimpin BERSATU menyertai PKR kerana lebih mudah diterima berikutan keahliannya lebih terbuka,” katanya kepada BH.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, berpandangan walaupun ada ruang dan peluang pemimpin melompat ke parti lain selepas Parlimen dibubarkan, ia tidak akan mencetuskan gelombang keluar parti besar-besaran.



Alasannya, beliau berkata, penyandang kerusi Parlimen yang melompat parti tidak membawa apa-apa kelebihan atau faedah besar kepada parti baharu kerana mereka bukan lagi Ahli Parlimen.

“Katakan yang berada dalam BERSATU ingin melompat ke dalam UMNO. Sudah pasti tujuh, lapan kerusi (Parlimen) yang pernah disandang akan dipertahan oleh mereka yang nak melompat ini.

“Jika tidak, mengapa nak melompat? Masalahnya akan ada isu dalam kalangan ahli UMNO yang tetap setia dengan UMNO. Jadi sebenarnya, ia tidak memberi faedah kepada UMNO untuk menerima kerana mereka yang melompat tidak membawa penyokong secara besar-besaran.

“Tambahan pula nak dekat PRU, memang tak ada parti yang akan menerima keanggotaan mereka,” katanya.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu. BH

Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker