Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN

#PRU15

Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN

Perikatan Nasional (PN) diberitahu supaya tidak meletakkan mana-mana calon menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sambil mengakui menjadi hak PN bertanding di sebarang kerusi di negara ini, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata sekiranya gabungan itu bertanding juga di mana-mana kawasan ditandingi empat komponen GPS, beliau memberi amaran tindakan itu bermaksud melawan keseluruhan mereka.

“Pandangan peribadi saya adalah PN sepatutnya biarkan Sarawak bersendirian,” kata menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan negeri itu kepada FMT.

“Nasihat saya kepada PN jangan bertanding di Sarawak. Apa-apa tindakan baik akan membantu mengukuhkan kerjasama masa depan antara GPS dan PN. Jangan hanya mesra dengan GPS di permukaan, tetapi tidak mesra di belakang kami.”

Pada Sabtu, Ketua Pemuda PN Sarawak Alexander Frusis, dilaporkan berkata, gabungan itu akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen, pada PRU15, namun tidak akan bertembung dengan PBB.

Kenyataan itu timbul di tengah-tengah laporan mendakwa Ali Biju dari Bersatu akan mempertahankan Parlimen Saratok, walaupun Parti Demokratik Progresif (PDP), satu daripada komponen GPS, mahu bertanding di kerusi sama.

Ali memberi laluan kepada calon GPS di Krian, dalam pilihan raya negeri Sarawak, pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, penganalisis politik, Jeniri Amir yang juga felo kanan Majlis Profesor Negara, berkata adalah tidak realistik bagi PN bertanding di Sarawak susulan kelemahan kepimpinan dan ideologi, selain faktor PAS yang merupakan sebahagian rakan gabungan.

Beliau mendakwa, PN sudah hilang pengaruh sejak pengerusinya, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya, PN akan melemahkan hubungan dengan GPS sekiranya meletakkan calon di Sarawak, walaupun bukan di kawasan ditandingi PBB dengan tindakan itu disifatkan sebagai kurang bijak.

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata PN hanya akan membazirkan masa dan tenaga sekiranya bertanding di Sarawak memandangkan mereka akan mengalami kekalahan besar.

GPS dianggotai PBB, PDP, SUPP dan Parti Rakyat Sarawak. FMT

Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker