PH Janji Selamatkan Negara, Rupa-rupanya Rosakkan Malaysia

Manifesto PH Bukan Kitab Suci, Janji PH untuk dicapati

Oleh Tun Teja

MIMPI ngeri Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) masih lagi segar diingatan rakyat. Sebelum pilihan raya Pakatan Harapan (PH) mendendangkan lagu “selamatkan Malaysia” hingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang. Namun apa yang terjadi sebaliknya apabila PH dengan rakus merosakkan negara.

Negara yang makmur dan maju sehingga digelar Harimau Asia bertukar menjadi Tikus Asia setelah PH memerintah selama 22 bulan dan PN 17 bulan. Masa diperlukan untuk membina negara namun dalam sekelip mata sahaja PH dan PN menghancurkannya.

Memetik hantaran di Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak, data dan statistik menunjukkan:

1. Pasaran saham Malaysia yang merupakan pasaran saham antara paling panjang tempoh menaiknya sehingga ke paras tertinggi sebanyak 1,896 mata pada bulan April 2018 telah jatuh menjunam selepas PRU14 dan tak pernah memulih.

2. Nilai Ringgit jatuh menjunam sebaik sejurus PRU14 dan tidak pernah memulih berbanding nilai sebelumnya.

3. Defisit kerajaan yang turun sepanjang 9 tahun berturut sebelum PRU14 telah menaik semula dan menyebabkan nisbah hutang kepada KDNK naik dari 48.1% sebelum PRU14 ke 62% sekarang. Jumlah hutang negara juga naik 46% dalam tempoh 4 tahun sahaja dari RM686.8b pada tahun 2017 ke RM1.05 trilion sekarang.

4. Dividen-dividen tabung simpanan Rakyat seperti ASB, Tabung Haji dan LTAT turun ke paras paling rendah dalam sejarah selepas PRU14.

5. Nilai aset bersih Khazanah Nasional jatuh RM30b selepas PRU14 apablia aset-aset negara asyik dijual kerajaan PH secara lambak. Penarafan kredit Petronas juga turun dua kali sebab kerajaan PH asyik menjarah rizab tunai RM176b yang dibina masa Najib berbanding RM30b sebelum Najib jadi PM.

6. Janji dicapati, bantuan dipotong, penjawat awam dibuang dan Rakyat disuruh ikat perut dan jangan harap bantuan kerajaan.

7. Gaji Rakyat Malaysia yang sebelum PRU14 dalam trend menaik yang jelas sebelum PRU14 telah jatuh kembali.

8. sistem keadilan negara dimanipulasi dengan lantikan-lantikan hakim, ketua SPRM, ketua Pejabat Peguam Negara serta Ketua Polis Negara yang pro-PH ataupun merupakan orang PH.

9. Hubungan antarabangsa Malaysia terjejas apabila kerajaan PH asyik gaduh dengan negara-negara lain seperti Arab Saudi, India, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

10. Pertama kali dalam sejarah di mana individu yang sendiri mengaku akauntan gagal dan sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah dalam mahkamah dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk menjaga duit Rakyat.

11. Pertama kali dalam sejarah dunia di mana individu yang kelayakan akademik utamanya ialah dia pernah gagal kursus kulinari dilantik menjadi Menteri Pertahanan untuk menjaga keselamatan negara.

Hakikatnya, PH yang kononnya berjanji mahu “selamatkan Malaysia” telah merosakkan negara. Pastikan PH dikuburkan pada PRu15 ini.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker