Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis

Antara gambar yang dimuat naik di Twitter hingga tular dan mencetuskan kemarahan penduduk tempatan. – Twitter

BANGKOK – Dua wanita yang tampil berbogel dalam iklan trip memancing di daerah kecil Bang Saray, wilayah  Chon Buri, Thailand menyerah diri kepada polis selepas isu tersebut menjadi tular, lapor laman Thaiger semalam.

Kedua-dua wanita itu berkata,  mereka melakukannya untuk mendapatkan pengikut di media sosial dan  tidak menawarkan perkhidmatan seks atau memancing.

Wanita itu berkata,  lelaki-lelaki  yang dipaparkan dalam gambar itu adalah teman lelaki mereka.

Kesemua yang terlibat menyewa bot dan mengambil gambar menggunakan tripod sebelum memutuskan untuk memuat naik siaran itu ke laman Twitter untuk mendapatkan lebih ramai pengikut.

Wanita terbabit turut menegaskan tiada agensi pelancongan atau nelayan terbabit dan mereka tidak mengenali pemilik bot berkenaan

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Komputer kerana mengimport bahan dan maklumat lucah ke Internet yang boleh diakses oleh orang ramai.

Mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 100,000 baht (RM12,381) atau kedua-duanya sekali.

Tiada laporan sama ada teman lelaki mereka akan didakwa. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker