PRU15: Mavcom kawal selia harga tiket penerbangan

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal selia harga tiket, supaya syarikat penerbangan tidak meningkatkan harga sewenang-wenangnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata walaupun harga tiket penerbangan, secara lazimnya akan meningkat mengikut Mekanisme Harga Dinamik jika terdapat sesuatu peristiwa melibatkan pergerakan orang ramai, Mavcom akan mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan didapati menaikkan harga tidak mengikut syarat ditetapkan.



“Mengikut mekanisme harga dinamik yang mana-mana syarikat penerbangan dalam dunia tetapkan, lebih awal (tiket) ditempah, ia murah dan lebih dekat dengan satu tarikh atau peristiwa, harga akan menjadi lebih tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Taxi4U di Pejabat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan harga tiket penerbangan naik dua kali ganda susulan pengumuman tarikh hari mengundi bagi PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Dalam pada itu, Wee memaklumkan kementeriannya akan menjalankan kajian untuk memperkasakan perkhidmatan teksi dan e-hailing pada tahun hadapan, dalam usaha menambah baik kawal selia kedua-dua perkhidmatan itu.



Beliau berkata kajian tersebut juga akan meneliti solusi untuk menangani perkara dibangkitkan pemain industri teksi dan e-hailing, seperti perkongsian pasaran dan kaedah penentuan harga tambang yang adil bagi kedua-dua perkhidmatan itu.

“Kawal selia kedua-dua industri ini adalah penting, memandangkan kini lebih daripada 96,000 kenderaan bergiat aktif dalam industri itu, dengan 88,185 adalah kenderaan persendirian dan 7,833 kenderaan teksi,” katanya.

Menurutnya, kajian itu akan diterajui APAD dengan kerjasama Institut Pengangkutan Malaysia.

Sementara itu, Wee berkata APAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah syarikat e-hailing, yang didapati masih menjalankan operasi walaupun lesen syarikat itu telah tamat tempoh.



“Mana-mana syarikat yang disyaki menjalankan aktiviti e-hailing tanpa mengikut syarat lesen akan diminta memberi penjelasan…perkara ini dilakukan bagi memastikan perkhidmatan yang selamat dapat disediakan kepada penumpang,” katanya.

— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker