Liz Truss, PM Britain paling singkat dalam sejarah

Truss akhirnya terpaksa akur untuk berundur selepas strategi pemotongan cukainya mendapat tentangan. – AFP

LONDON – Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengumumkan peletakan jawatan selepas hanya enam minggu berkhidmat

Truss akhirnya terpaksa akur untuk berundur selepas strategi pemotongan cukainya mendapat tentangan serta mencetuskan keadaan pecah belah dalam kalangan ramai Ahli Parlimen Konservatif.

Bercakap di Downing Street, Truss berkata, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya dipilih untuk memimpin parti tersebut.

“Kami telah bersetuju bahawa pemilihan kepimpinan akan diselesaikan dalam tempoh minggu depan.

“Kita akan memastikan bahawa kita kekal pada landasan yang betul untuk menyampaikan pelan fiskal serta mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

“Saya akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pengganti dipilih,” katanya.

Kemuncak kepada kemelut politik Truss sebagai Perdana Menteri tercetus selepas seorang menteri kanan meletak jawatan di samping ahli-ahli Parlimen Parti Konservatif yang memberontak semasa satu undian penting dalam suasana huru-hara di Dewan Rakyat lewat semalam.

Menjelang pagi hari ini, lebih 12 Ahli Parlimen Konservatif secara terbuka mendesak Truss meletak jawatan berikutan pelan pemotongan cukai diumumkan beliau sebelum ini, yang telah mencetuskan kejutan pasaran ketika rakyat Britain bergelut dengan kos sara hidup.

Sementara itu, proses undian untuk memilih pemimpin baharu Parti Konservatif dijadual berlangsung menjelang 20 Oktober, kata pegawai.

“Adalah mungkin untuk menjalankan undian dan memuktamadkan pemilihan kepimpinan menjelang Jumaat, 28 Oktober.

“Ini bermaksud kita akan mempunyai Perdana Menteri baharu sebelum kenyataan fiskal yang akan diumumkan pada 31 Oktober ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa 1922, Graham Brady kepada pemberita. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker