Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki selepas perbuatannya menggangu jiran menjadi tular di media sosial dalam kejadian di kawasan perumahan di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu didedahkan pemilik akaun @FahmiAli apabila dia memuat naik beberapa video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan lelaki terbabit sehingga membuatkan isteri dan anaknya fobia untuk keluar rumah.

“Nak cerita pun tak tahu nak mula dari mana. Bayangkan ibu dia (jiran) pun reda kalau anak mati, hidup pun menyusahkan orang.

“Penagih yang selalu membuat ibunya menangis ketakutan setiap hari. Kesan daripada pengambilan dadah dia mengamuk pegang parang siang malam,” luahnya.

Menurutnya, sebelum ini pihak polis sudah menerima beberapa laporan daripada jiran-jiran yang lain berkait individu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan lanjut diambil ekoran lelaki tersebut merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana mengalami masalah mental.

Sementara itu, menerusi akaun sama, lelaki yang juga seorang OKU itu dipercayai telah diberkas dan Kosmo! masih lagi menunggu kenyataan serta pengesahan dari pihak polis. – KOSMO! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker