Sanusi sahkan tak bertanding kerusi Parlimen

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan tidak akan bertanding kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, buat masa ini beliau tidak pernah berhasrat untuk menjadi wakil rakyat di peringkat Parlimen memandangkan baru sepenggal memikul amanah sebagai ketua kerajaan negeri.

Menurutnya, ia hanyalah khabar angin susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen.



“Saya tak bertanding. Saya boleh jawab terus sebab memang sah (tak bertanding),” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kedah Aerotropolis di Wisma Darul Aman di sini, pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri untuk terus kekal menerajui Kedah, Muhammad Sanusi tegaskan, tiada alasan spesifik berhubung perkara itu memandangkan tidak pernah berhasrat menjadi calon parlimen.

“Saya perlu beri sebab kah sekiranya tidak bertanding? Kalau saya mahu bertanding kerusi parlimen, barulah perlu ada alasan, kalau saya tak bertanding semua benda sama (tiada perubahan),” ujarnya.

Sebelum ini, ura-ura mengatakan Muhammad Sanusi juga akan turut bertanding di salah satu kerusi parlimen di Kedah memandangkan DUN Kedah tidak dibubarkan.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker