Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau

Gambar tular entiti imej mistik dipercayai pocong menumpang di atas kenderaan polis di daerah ini sejak malam tadi. – IHSAN MEDIA SOSIAL

REMBAU – Tular di media setempat imej mistik dipercayai pocong menumpang di atas kenderaan polis di daerah ini sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, berdasarkan gambar yang tular, kejadian kira-kira pukul 2 pagi semalam membabitkan kenderaan Balai Polis Kota.

Menurut beliau, lokasi kejadian adalah di antara Pekan Chengkau ke Kampung Tanah Datar, Chengkau iaitu di Jalan Utama Seremban-Tampin.

“Kesahihan gambar berkenaan masih belum dapat dipastikan sama ada telah diedit atau sebaliknya. Kita mengesan individu yang mengambil gambar berkenaan bagi kesahihannya.



“Bagaimanapun dalam tugas menjaga keamanan penduduk setempat dan melakukan pemantauan, cabaran seperti ini merupakan cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap anggota serta pegawai dalam menunaikan amanah serta tugas yang diberikan,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular gambar terdapat satu entiti di atas kenderaan pacuan empat roda bertulisan Polis dibelakangnya.

Entiti berkenaan mirip dengan pocong berdasarkan bungkusan berwarna putih dalam gambar yang tersebar.

Netizen kemudiannya bergurau menyatakan pocong berkenaan hanya ingin menumpang ke destinasi tertentu dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan yang kental dalam menjalankan tugas di awal pagi.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker