Tommy serang Najib sejak 2012

Tommy serang Najib sejak 2012

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, didakwa mempunyai sejarah ‘menyerang’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sejak 2012.

Peguam bela Najib, Yudistra Darma Dorai, berkata Tommy yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 2018, bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 2015 dan berbincang mengenai Najib yang dipanggil sebagai penipu.

Pada 2016, Yudistra berkata, Tommy dilapor mengatakan Najib yang menjadi Perdana Menteri dari 2009 hingga 2018, kehilangan hak untuk memegang jawatan terbabit.

“Ketika itu Tommy bukan Peguam Negara tetapi beliau mengeluarkan komen sebegitu. Tommy adalah orang awam pada 2016.

“Beliau mengeluarkan komen, pendapat dan kenyataan (mengenai Najib) bukan sahaja pada 2016, tetapi ketika menjadi Peguam Negara serta sebelum dan selepas memegang jawatan itu.

“Komen juga dibuat ketika Najib masih berhadapan kes jenayah (di mahkamah), malah ada buku dikeluarkan oleh Tommy (mengenai Najib), selain pelbagai kenyataan kepada agensi media,” katanya.

Beliau berhujah ketika pendengaran kes saman anak guamnya terhadap Tommy, berhubung dakwaan salah laku dalam jawatan awam kerana mengemukakan pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu, di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Turut hadir pada prosiding ialah Najib dan peguam Tommy, Alan Gomez.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib, yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib juga masih dibicarakan terhadap pertuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pindaan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB.

Pada masa sama, perbicaraan enam tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan tiga tuduhan pengubahan wang haram RM4.7 bilion belum bermula.

Yudistra berkata, Tommy ketika memegang jawatan Peguam Negara adalah individu paling berkuasa di Malaysia.

“Tommy mempunyai kuasa terhadap semua rakyat, beliau boleh kemuka pertuduhan, gugurkan pertuduhan dan boleh reman mereka.

“Tommy boleh buat banyak perkara. Bagaimana beliau yang sangat berkuasa tidak dipertanggungjawab (terhadap kes pertuduhan Najib). Saman itu tidak boleh dibatalkan dan Tommy perlu menjawabnya,” katanya.

Sementara itu, Gomez berkata, Tommy sebagai Peguam Negara mempunyai imuniti untuk mengemukakan pertuduhan kepada seseorang mengikut budi bicara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang jelas mengenai perkara itu. Macam kes SRC International Sdn Bhd, bukti adalah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Ia kemudian berakhir dengan pertuduhan terhadap Najib. Tommy tidak campur tangan siasatan kes itu,” katanya.

Hakim Datuk Ahmad Bache kemudian menetapkan 25 November ini untuk keputusan kes saman itu.

“Saya juga memberi peluang kepada peguam, Datuk Firoz (Hussein Ahmad Jamaluddin yang turut mewakili Najib) yang tidak dapat hadir (kerana positif COVID-19) hari ini, untuk berhujah pada tarikh itu selama 15 minit.

“Pembelaan Tommy akan dibenarkan membuat hujahan balas dalam tempoh sama. Kita beri peluang sama rata kepada kedua-dua pihak dan selepas itu, saya akan buat keputusan,” katanya.

Pada 22 Oktober 2021, Najib memfailkan saman mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan dirancang lebih awal oleh Tommy, dan selaras rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Najib, 69, mendakwa dituduh secara salah di mahkamah dalam kes 1MDB, IPIC, salah guna kuasa mengikut Akta SPRM 2009 dan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Beliau memohon pengisytiharan bahawa Tommy melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya. BH

Tommy serang Najib sejak 2012


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker