Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati

Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati

MELAKA: Sukarelawan bencana, Azwan Omar, 30, yang lebih dikenali sebagai Abang Viva, selamat melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria pada Jumaat lalu.

Pasangan itu selamat melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh di sini, dengan kehadiran ahli keluarga terdekat masing-masing.

Khabar mengenai perkahwinan pasangan itu, dikongsikan Azwan kepada pengikutnya ketika penstriman secara langsung pada malam tadi.

Selain itu, Evanoza juga berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi akaun tiktok, abangvivaofficial.

Azwan berkata, pada mulanya, mereka merancang berkahwin pada Disember depan, namun faktor ramalan cuaca yang menjangkakan berlaku bencana Monsun Timur Laut di beberapa negeri, mendorong majlis itu dipercepatkan.

“Jadi untuk bulan depan dan seterusnya, lebih mudah untuk kami suami isteri berbincang dan bersiap sedia menggerakkan sukarelawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V,” katanya.

Azwan berkata, berikutan mahu memberi tumpuan kepada gerakan kebajikan yang akan dilancarkan ketika mosun timur laut, mereka belum menetapkan tarikh resepsi bagi meraikan keluarga di kedua-dua belah pihak.

Azwan yang berasal dari Melaka, menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kesungguhannya membantu mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan menggunakan kereta jenis Perodua Viva serta sebuah bot di Selangor pada akhir tahun lalu.

Tertarik melihat kegigihannya membantu mangsa banjir, mendorong seorang usahawan tampil menyumbang sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan usahanya membantu mangsa bencana. BH

Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker